Thursday, 15 October 2015

Thursday, 25 June 2015

ALMOND LONDON RM 21.90 SAHAJA






Almond London cookies adalah biskut yang biasa ada pada setiap kali Hari Raya di Malaysia, walaubagaimanapun kami kurang pasti macam mana namanya boleh diberi London. Saingan yang cukup banyak bagi pembuat dan penjual biskut ini, cuma rasa dapat membezakan antara mereka. Cookies kami, diperbuat dari celupan coklat yang berkualiti tinggi, lambat cair walaupun pada suhu yang panas, cair juga kalau didedahkan pada suhu panas dalam jangkamasa yang lama dan 1 biji badam dalam setiap cup serta saiz roti rangup yang sama. Didatangi dalam bekas ekslusif yang kedap udara, boleh terus dihidangkan kepada tetamu di dalam bekas di hari lebaran kelak.

Pemborong / pengedar diperlukan segera !!!
Pendapatan lumayan, In Syaa Allah.
Like Page dan PM Inbox kami segera...

KAPIT OH !!! PEANUT OR COKLAT

Kuih Kapit Peanut dan Kapit Coklat, bukan senang nak buat beb!!! Itupun masih ramai lagi yang merungut dengan harga kami, nak beli banyak, nak beli borong, tapi dia tak beli-beli pun, orang lain dah jual berkotak-kotak, siapa yang dah jual, dia lah yang untung, so, jangan tunggu lagi, puasa pun dah nak separuh, buang keraguan anda terhadap kami, In Sya Allah kami akan membantu anda, harga kuih kami masih lagi rendah jika dibandingkan dengan harga pembekal lain, 100% keluaran bumiputera Islam, Alhamdulillah.



Sunday, 21 June 2015

KUIH RAYA EKSLUSIF 2015 UNTUK ANDA DI HARI LEBARAN

Cookies Raya Ekslusif 2015, cookies dengan ramuan yang sangat istimewa untuk santapan dan jamuan pada tetamu anda di hari lebaran 2015.

Kami memerlukan segera pemborong serta para pengedar/agen bagi memasarkan homemade cookies raya 2015, kami mempunyai 11 jenis kuih dan semestinya 11 jenis rasa yang berbeza, satu jenis kuih, satu tuan empunya, rasakanlah keenakannya... tidak seperti satu adunan untuk semua kuih.
Kuih kami bukan kuih buatan kilang.










SEMPERIT DAHLIA YANG STOK DAH TAK BANYAK

Semperit, hasilan dari makcik2 yang berpengalaman, menggunakan butter yang berkualiti tinggi, adunan tepung castard, jagung dan gandum.
Bukti semperit ini bukan hasilan dari kilang adalah bentuknya yang tidak seragam, ada kala kecil dan ada kala besar saiznya, maklumlah waktu pagi kekuatan makcik2 itu masih kuat, hasilnya cantik, bila tiba waktu petang kurang kekuatan untuk menekan, kecillah sedikit, harap2 anda dapat maafkan mereka, tapi keenakan rasanya tiada tolok bandingnya, In Syaa Allah.



KISAH AL-REMPEYEK KACANG

Rempeyek Kacang, Huh!!! Ikan bilis pun tak dak!!! Nampak simple sangat. Memang ramai yang berkata begitu sebelum mereka menjamah rempeyek ini, bila dah makan, fuhhh!!! Tak cukup sebalang, kena dok mai beli lagi, lepas sebalang, sebalang, sampai ada yang dah berbalang-balang sampai nak jual pulak balang kosong tu kat kami, maaf kami tak beli balik balang kosong tu, rupanya rempah ratus asli serta ikan bilis sudah pun diblend bersama-sama, rempeyek pun banyak dah yang kami jual. Lain kali 'do not judge a book by its cover'